18 March 2012

Nota Pembelajaran

Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 4

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Sukatan Pelajaran Matematik 4,sila layari



Sejarah Matematik

Perkataan ‘pecahan’(‘fraction’dalam bahasa Inggeris)berasal daripada perkataan Latin,’frangere’,yang bermaksud ‘pecah’.Brahmagupta,ahli matematik India,telah mengikuti cara menulis pecahan,iatiu pengangka ditulis dibahagian atas dan penyebut ditulis dibahagian bawah,pada kurun ke-7.Kemudian ,orang Arab menyempurnakan tulisan ini dengan meletakkan satu garisan(-)di antara dua angka.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah pecahan ,layari laman sesawang http://nrich.maths.org/2515


Istilah pecahan

Pecahan adalah nombor yang mewakili satu atau beberapa bahagian daripada satu keseluruhan yang telah dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama besar.

Menyebut  suatu  pecahan
Apabila sebiji kek dipotong kepada 4 bahagian yang sama,setiap bahagian itu adalah daripada keseluruhan kek itu.




Maka, 1/4 ialah satu pecahan dan dibaca sebagai ‘satu perempat.




Menerangkan pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan.

1/4 bermakna ‘satu daripada empat bahagian yang sama’

Jika sebiji kek dipotong kepada 2 bahagian yang sama,setiap bahagian itu adalah
1/2 daripada keseluruhan kek itu.

Oleh itu, 1/2bermakna ‘satu daripada dua bahagian yang sama’



Mewakilkan suatu pecahan

Dalam suatu pecahan,angka di atas garis dinamakan ‘pengangka’ dan angka di bawah garis dinamakan ‘penyebut’


- pengangka
- penyebut


Pengangka menunjukkan bilangan bahagian yang sama daripada keseluruhan manakala penyebut menunjukkan jumlah keseluruhan bilangan bahagian yang sama.


Pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut di sebut pecahan wajar
Nilai satu pecahan wajar adalah kurang daripada 1.

Langkah-langkah untuk mewakilkan dengan gambar rajah

i.     Lukis satu rajah
ii     Bahagikan rajah itu kepada 8 bahagian yang sama besar
iii     Warnakan  sebarang 3 bahagian
















Menulis pecahan berdasarkan gambar rajah yang diberi












  Satu jalur kertas dilipat kepada 6 bahagian yang sama besar.5 bahagian daripada kertas itu dilorekkan.Pecahan yang diwakili oleh bahagian berlorek ialah 5/6